Semua AJK hadir kecuali En. Po Chew, En. Ia Lun, En. Bunyin, En. Ie Reang dan En. Pai Trang.
Topik perbincangan ialah:-
1. Usaha-usaha mendapat dana untuk tabung PSK termasuk aktiviti Koperasi Kaum Siam Berhad.
2. Mengatasi masalah kaum Siam Kedah spt kes pengambilan tanah org Siam Baling oleh kerajaan.
3. Membantu urusan status tanah wat Siam dan perkuburan Siam seluruh Kedah.
4. Mendapatkan dana kerajaan utk pembinaan bangunan pembakaran mayat utk setiap perkampungan Siam di Kedah.
5. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Thailand dalam bidang kebudayaan.
6. Bersuara bagi kaum Siam Kedah tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.
7. Berusaha menganjurkan program motivasi kepada pelajar Siam.
KAUM SIAM KEDAH HARUSLAH BERSATU
DI BAWAH PSK DEMI MASA DEPAN KAUM KITA.