Barisan Jawatankuasa PSK diketuai oleh En. Nop Nai Samrong, Timbalan Pengerusi PSK mengadakan kunjungan hormat sambil mengadakan Majlis Sanggadana bertujuan mengeratkan perhubungan antara PSK dan Khanaksong Kedah/Perlis (Institusi Agama Buddha).
En. Nop Nai Samrong menjelaskan tentang penubuhan PSK bukannya ingin bersaing dengan sesiapa. PSK adalah NGO peringkat negeri yang akan mewakili masyarakat Siam di negeri Kedah sahaja. Sementara isu masyarakat Siam di peringkat yang lebih besar haruslah diberi tanggungjawab kepada NGO yang lebih besar.
Saya selaku Setiausaha PSK menerangkan aktiviti2 yang telah dilaksanakan oleh PSK yang tidak langsung menunjukkan bahawa kita bermasalah dengan mana2 NGO lain. Tujuan utama ialah berkhidmat dan mewakili masyarakat Siam Kedah dalam arus pembangunan yang diabaikan selama ini.
En. Edin Chok pula menerangkan bahawa penubuhan PSK adalah lanjutan daripada Persatuan Siam Kedah/Perlis yang dibubarkan setelah masyarakat Siam diberi jawatan Senator pada 1997 atas kehendak pemimpin NGO peringkat kebangsaan. Seterusnya beliau mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras Masyarakat Siam Pendang dan akhirnya PSK dihidupkan semula oleh generasi baru. Beliau selaku bekas pengerusi akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada generasi
muda.
Than Chau Khun memaklumkan bahawa beliau tiada masalah dengan penubuhan PSK. Katanya lagi, kebanyakkan ketua2 sami tidak pandai dalam bidang politik. Beliau berharap agar PSK dapat memainkan peranan mewakili masyarakat Siam dalam bidang politik agar masyarakat kita terbela. Khanaksong dan PSK haruslah bersatu dan berganding bahu membangunkan masyarakat Siam Kedah.
PSK telah melantik En. Phiang selaku Ketua Biro Agama sebagai wakil PSK utk berbincang dengan Than Chau Khun dalam hal ini. Semoga masyarakat Siam Kedah akan bersatu kembali untuk menunjukkan kekuatan sebelum PRU13.