Kepada,
Tuan Pentadbir Tanah Baling,
Pejabat Tanah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
Tuan/puan,
Pohon Penyelesaian Atas
Persetujuan Pejabat Tanah Baling
Kepada Pengusaha Tanah TOL
Charok Nau, Baling, Kedah
Kami dengan segala hormatnya merujuk
kepada perkara di atas. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah dilantik
oleh peneroka/pengusaha asal tanah di kawasan kampung Charok Nau, Mukim Baling,
Kedah Darul Aman untuk mewakili mereka berhubung dengan perkara di atas untuk
menguruskan tuntutan tanah lot kediaman yang telah diluluskan di Charok Nau
sebagai ganti pengambilan tanah TOL mereka untuk Projek Penyusunan Semula Pekan
Baling. Mereka ini telah diberi milik berstatus Pemegang Lesen Menumpang
Sementara (TOL) oleh pihak Kerajaan. Senarai nama pengusaha yang terlibat
disertakan (Lampiran A).
2. Untuk makluman tuan, tanah ini
telah diusaha/diteroka oleh penama-penama ini sejak lebih 50 tahun yang lalu
dan penama-penama tersebut telah diberi Lesen Menumpang Sementara (TOL) dan
mereka sudah mendapat nombor plot yang diberi oleh pihak Pejabat Tanah Daerah
Baling. Walau bagaimana pun tanah-tanah mereka ini telah terlibat dengan
pengambilan alih tanah untuk Projek Penyusunan Semula Pekan Baling.
Bersama-sama ini kami kelatkan salinan resit-resit pembayaran yang telah
dibayar. (Lampiran B)
3. Menurut fail Pejabat Tanah Baling BIL. (36) dlm PTB (T)301-64 bertarikh 2
Disember 1985, pihak Pejabat Tanah Baling telah menjemput peneroka/pengusaha untuk
berbincang menyelesaikan masalah di Dewan Orang Ramai Kg. Simpang Empat pada 11
Disember 1985 (Rabu) jam 3.00 petang (Lampiran C1) dan surat BIL. (3) dlm. PTB(K.4)30/1986, pihak
Pejabat Tanah Baling telah bersetuju untuk meluluskan satu lot tapak kediaman
kepada pengusaha terlibat dengan syarat-syarat yang dinyatakan itu. (Lampiran
C2).
4. Pihak kami juga telah berbincang
dengan semua penama-penama ini dan mereka bersetuju supaya pihak persatuan
dapat membantu menyelesaikan masalah mereka memandangkan tanah-tanah usaha
mereka telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk tujuan projek Pembangunan Pekan
Baling dan di samping itu pihak Pejabat Tanah Baling telah pun memberi nombor
lot kepada mereka. Bersama-sama ini, surat kedatangan perbincangan perkara yang
sama (Lampiran
D1) berserta dengan gambar peneroka/pengusaha yang hadir perbincangan (Lampiran
D2).
5. Sehubungan dengan perkara di atas,
pihak kami juga mendapat sokongan daripada Pengerusi JKKKP Kg. Simpang Empat,
Baling, Kedah dan beliau bersetuju membenarkan pihak kami menguruskan hal ini.
Bersama-sama ini kami kelatkan surat persetujuan daripada JKKKP Kg. Simpang
Empat, Baling, Kedah. (Lampiran E).
6. Oleh yang demikian, pihak kami
memohon jasa baik tuan agar pihak tuan memberi perhatian yang saksama ke atas
pihak yang terlibat ini dapat diberi tanah lot kediaman yang telah dijanjikan
untuk kepentingan mereka sekeluarga.
7. Kerjasama dan tindakan kadar
segera tuan/puan di dalam perkara ini amat diharapkan memandangkan isu ini
telah begitu lama diketepikan oleh pihak berkenaan.
Sekian, terima kasih.
“55 TAHUN MERDEKA JANJI DITEPATI“.
Saya yang benar,
(NOP A/L NAI SAMRONG)
Pengerusi Persatuan Siam Kedah
Hp: 012-6989509
s.k.
1. YAB Dato’ Sri Mohd Najib
Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
Bangunan Perdana Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
2. YAB Dato’ Seri Haji Azizan
Bin Abdul Razak,
Menteri Besar Kedah,
Pejabat Menteri Besar Kedah,
Aras 3, Blok A, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
3. YB Dato’ Seri Hj Mohd
Shafie Bin Hj Apdal,
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah,
Aras 9, Blok D9, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62606 PUTRAJAYA.
4. YB Dato’ Wira Mohd. Johari
Bin Baharom,
Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia,
Kementerian Pertanian Dan Industri
Asas Tani Malaysia,
Wisma Tani, No. 28, Persiaran
Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62624 PUTRAJAYA.
5. Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian (Persekutuan),
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan,
Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar (NRE),
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Persint 4,
62574 PUTRAJAYA.
6. YBhg. Dato’ Pengarah Tanah
dan Galian
Negeri Kedah Darul Aman,
Wisma Negeri,
05576 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
7. YB Senator Dato’ Boon Som
Inong,
Ahli Dewan Negara.
8. YB Dato’ Che Azmi Hussin,
ADUN Bayu,
9. Tuan Pegawai Daerah
Baling,
Pejabat Daerah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
No comments:
Post a Comment